CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie Kids Birthday tickers

FaNs cLub ;)

Friday, December 31, 2010

SAYA ada peMinat???


Ape???terkejut ker saya ada peminat??heyyy tgk org arrr beb..ape igt muka xkomersial xlaku ker..bukan xkomersial langsung pun,at lis market la jugak..bukan muka kt market jual ikan taw!!huhh..

Budak ni saya kenal dia time kecik2 dulu la,time tadika...berkawan baek jgk la..pastu msuk darjah 1 kami berpisah sebab saya lagi matang setahun drpd dia..tp kami tetap 1 sekolah..pastu nk dikatakan kami berjodoh la kan,drjah 5 kami bertemu kembali,sekelas lak tu..ala2 jejak kasih gitu.budak pandai dowhh!!;)

Masuk alam remaja iaitu zaman menengah kami 1 sekolah..hishhh macam berjodoh la kan tp form4&5 kami xsekelas pun..sobsob!! Then,kami berpisah jauh sorg ke utara sorg ke selatan(zaman matrix la ni)..however,kami tetap berhubung di alam maya..sweet kan cam loving kapel gitu~
0nce upon a time jengjengjeng!!!(cam zaman dahulu kala pulak) saya check "MY TOP FANS" haaa kau nama dye 1st rank dgn mata kutipan 159..pancit org 2nd tu nk kejor point beza jauh sgt.. Then saya check lg "MY TOP FOLLOWERS ALBUM" nama dye jugak 1st...xcaye yer??




Your best friend will be Nor Aishah Azmi in the year 2011


Hailaaaaa ya ampun pompuan upenyer...ohhhh TIDAK sayan bukan LESs tp sy suka less(sale)..Aku Masih Dara!


Kawan sy ni sebenrnya bukan lesbo ke bisex ke hape ke...ni budak baek dowh!!kalo snap pic tu senyum xpenah nmpk gigi...hahaha!!! beliau lbh sinonim mek esoh tp nk ad comersial value tukaq jd McShah..hahaha...ampun Shah..


sape kenal sape kenal??sila angkat kaki..pastu blah...hohoho!!!

nota tapak kaki:penghargaan buat LO...ADios frenz..




BORING DOWHH!!!

   hHoohoo....boring..boring!!!!!
                    Bukan ape sebonanyer...ambo boring tgk blog ambo nih..nothing new...so,time boring ni la ambo edit lako blog ambo...kan dah bersalin latar belakang blog ambo...ambo xsuka bnda sma...ambo akan cari something new...blog ni pon tuk suka-suki je..
 Ni pun tgh brainstorm sampi nk pecah kepala duk pikiaq nk tukaq nama blog...cam dah xkomersial je nama tu..dah xde bakat jd blogger mmg la cm2...hak3!!! pape pn xpnh nk komersial..tp muka waa komersial kan...kuikuikui!!! Agak2 la nk masuk tong sampah angkat sendiri pun...
sampai sini dulu la yer...caucincau!!


giler ngeri tgk pic ni..mhuahaa..

wAke up!!


Dua orang sahabat sedang berbual….
Wati: “Aku selalu bangun ketika matahari sedang menyinari bilikku”.
Lee: “Wah baguslah kalau begitu.Bangun awal pagi bagus untuk kesihatan”.
Wati: “Tidaklah ….aku bangun petanglah sebab jendela bilikku menghadap sebelah barat.Mataharikan tebit sebelah timur”.

Wednesday, December 22, 2010

mENgamuk..


Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. 
Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. 
Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. 
Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....

Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. 
Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. 
Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. 
Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.

Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, 
" kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "

Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana tau..dalam slow-slow Ali ni..
kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak puas hati. 
Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. 
" Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! 
Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!"

Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. 
" Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.

Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. 
Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. 
Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? 
Apa yang bapak engko lakukan?"

Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu...Ali pun menjawab, 
" Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." 
Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu. 

Monday, December 20, 2010

5 LARANGAN SEMASA TIDUR

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai bra lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita



4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MENGENAKAN MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dpt bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin tidak bangun-bangun lagi (kerana dibunuh suaminya hoho)

pErkAtAAn bErlAwanAn

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
 Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk!
Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.....

Tuesday, December 14, 2010

♥♥N0tA CintA ♥♥

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.
Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.
Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.
“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,”  Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.
“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,”  Balas Wardah,  agak teruji.
“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina.  Wa!”
“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”
“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”
Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.  
Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.
Telefon hafiz berdering.
Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah
“Hafiz?”
“Ya, saya,”
“Awak sayang saya?”
“Emm, kenapa awak tanya?”
“Saya tanya sebab nak awak jawab,”
“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”
“Awak cintakan saya?”
“Ya, saya cintakan awak,”
Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.
“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.
“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.
“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”
“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”
“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”
“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.
Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?
Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.
“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.
“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”
Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.
“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”
“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”
Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!
3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.
Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…
Subject:
Nota Cinta
From:
“Hafiz Haikal”
To:

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah.  Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang.  Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak.  Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?..  Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain.  Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua.  Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah.  Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak.  Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk.  Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat,  setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak.  Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya.  Saya tak pernah bercinta.  Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni.  Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan.  Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama.  Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana.  Itu janji Allah.

Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL
Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri…  Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz.  Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati.  Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya.  Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…
“Wa, bila nak menikah?  Ummi teringin nak bermenantu,”
Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah.  Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,
“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”
Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada.  Hatinya masih berdebar-debar.  Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…
“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…”  Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.
Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…


Tips2 c0Ver mAlu:

1)     Kalau tersepak batu –  jgn tr0s bgn,sebaliknye anda baring dan tros berguling2 shngga jauh drpd pandangan orang ramai.Agak2 Bila da xde orang Nampak,baru la bangon.
2)     Kalau terjatuh basikal- cepat2 nek basikal anda semula dan buat2 terjatuh jatoh berkali-kali supaya orang igt anda sengaja buat lawak.
3)     Kalau terjatoh tangga-  trus bersilat seolah-olah kamu dirasuk dan sedang berlwan dgn makhluk halus.
4)     Kalau terjatuh l0ngkang- purngutlah sampah yang ada smbil marah2 dgn suara yg kuat ,pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin trhadap kebersihan.
5)     Kalau jatuh ketika nak naek bas- jeritla kuat2 ‘0ii!!ape ni tolak2 orang.’ Walaupun tiada orang di belakang anda.
6)     Kalau terjatuh di perhentian bas-  tros wat2 pengsan sehingga ada orang yg membantu . Takpun,baring tros sampai mlm shingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas. Inilah masa yang paling TEPAt untuk anda bangun semula..

Selamat Mencuba..Insyallah mujarab..hehe!!!

2012??

Pernahkah anda lihat sebuah buku bertajuk “Armagedon 2012” drpd pengarang buku  "Alexander adalah Zulkarnain"Saya lupa huraiannya kalo xsilap ia berkisar kepada kiamat pada 2012 seperti filem 2012 yang diterbitkan oleh Barat. Namun di sini saya bukan ingin menyentuh soal tersebut sebab saya tidak tahu apa isi kandungan buku tersebut dan masih belum membelinya. Insyallah mungkin saya akan membelinya dan saya akan berkongsi apa yang terkandung dalam buku tersebut.
2012? Mungkinkah ia mencatat sejarah bahawasanya tahun tersebut PPSMI totally dimansuhkan. Saya rasa sgt terkilan dgn ini semua. Tidak bolehkah kalo teruskan aje PPSMI. Dimana kekuatan&keyakinan kerajaan utk mempertahankan PPSMI.Adakah PPSMI sekadar Hangat-hangat taik ayam...huhh!Kalo dikatakan ingin mengikut kata rakyat,saya rasa apa yang kerajaan buat semua tidak kena pada pandangan rakyat contoh sudah jelas pada zaman pemerintahan Tun Dr M,pembinaan PLUS. Ramai yang mengecam tindakan beliau tp kita tgk lah hasilnya sekarang. Bukankah memudahkan kita utk bergerak dr Selatan ke Utara,dr Utara ke Selatan.
Apa yang tidak saya mengerti ialah kenapa ramai pihak tidak bersetuju. Selagi B.Melayu our mother tounge selagi tulah xkn hilang Melayu di dunia. Sebagai seorang bakal guru Matehmatics saya jgk tidak bersetuju PPSMI di peringkat sekolah rendah kerana kesiankan anak-anak bangsa di pedalaman. Mungkin mereka terkejut dan merasa sebagai tekanan.Yerlah baru je masuk tup2 blaja bahasa baharu. Tak ke haru namanye tu... Tapi peringkat sek menengah apa salahnya kan pendedahan awal tuk ke Universiti. Kat U pn kita pakai English kan.Hairan nape xnak bantah plak subjek di U diajar dlm English. Bagi saya Math&Science lg senang kalo dlm English. Buku rujukan senang,surf dlm internet pn senang..xyah nk translate lg dah.. Saya pnh terfikir buat ape saya belajr selama 6thun tp xleh nk apply kpd ank murid saya. Membazir bukan?? Susah jgk nk mengajar Math dlm BM sbb xpnh didedahkan..Nasib korang lah bakal anak murid aku kalo korang diajar dlm English..
Seorang Doktor pnh brtnya adakah anda semua berstuju PPSMI dimansuhkan dan kami semua menjawab TIDAAAk!! Kemudian beliau bgtaw nape anda tidak buat bantahan. Hakikatnya kami semua tidak tahu bagaimana mahu express ketidakpuasan hati kami. Kami tidak pernah didedahkan dengan benda sebegitu. Jadi,di sini lah tempat saya meluahkan isi hati hati. Mana la taw kan ttba ada Menteri terbaca blog saya ni,boleh beliau bawa isu ni ke parlimen..hahhaha!!!inilah نور اميرا manusia yang mudah berperasaan..hehe!

Sunday, December 12, 2010

Ni lAaa 0rAng kitErr...

Subsidi?? subsidi ialah wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada sesuatu perbadanan-berdasarkan kamus dewan..
Beberapa hari lepas kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol ron97,gula dll. Kenaikan harga ni disebabkan ingin mengurangkan subsidi utk tujuan pembangunan dan mengelakkan seludup ke negara luar kerana harga di negara kita lebih murah berbanding dgn negara jiran Thailand contohnya. Namun kenaikan harga dicemuh oleh sesetengah pihak. Mesti ada orang akan cakap subsidi tu duit kita,duit rakyat kan? Sebab mereka menentang kenaikan harga tersebut.
Hakikatnya, subsidi adalah untuk membantu orang Melayu. Ini adalah hak istimewa orang Melayu. 
Saya teringat satu cerita iaitu konferensi antara saya dengan kawan saya. Kami bercakap tentang hak istimewa orang Melayu(antara politik yg berbeza). Saya berkata kpd beliau; "if 1 day,Malaysia jatuh ke tangan Cina  kalau "Orang itu" yang memerintah jgn harap la hak istimewa orang Melayu,Pertuanan Melayu akn bertahan dan hak raja2 Melayu kekal." Beliau menjawab:"Ni la Orang Kiterr,  asyik bergantung kepada hak istimewa orang Melayu. Kalo mcm tu sampei bile orang Melayu nak maju." Btol jgk apa yang diperkatakannya  orang Melayu sgt dimanjakan.
Tapi yang saya hairan dan musykil apabila kenaikan harga diwawarkan mereka plk bising2. Kan cakap xnk bergantung dan dimanjakan takot jadi mundur. So,knp nk bising2 kan??hummmm.....
c0retan ini bukan untuk menyatakan yang saya sokong apa yang kerajaan buat. Bukan hendak memperli mereka2 yang menetang kerajaan. tapi yang saya hendak katakan"Ni la Orang Kiterr". 

Sunday, December 05, 2010

TRANSFORMASI!!

 Baru-baru ini kita telah menyaksikan pelancaran model terbaru kereta Malaysia iaitu Inspira. Im so proud of it..yerlaaa Proton telah melangkah maju dgn pnciptaan kereta yg setaraf antarabangsa.Inspira kalau tgk dr luaran ia menyerupai Mitsubishi Lancer. kete sport tu...Lancer tu jgk kereta idaman saya..hehe!! Ini telah menunjukkan kita telah berjaya melahirkan engineers automotif  yang berfikiran ke depan,kreatif,inovatif,kritis dan berdaya saing. "SMART GUYS GET IT".




Tapi kan satu je yang saya xsuka...xbolehkah Malaysia mmpunyai identiti sdr..xsalah kalo nk tiru Lancer pnya features tp bntuk model kenderaan jgn la sama..kalo sejibik cm Malaysia ni xde identiti sdr la plk...hummm!! Features pn aseny Lancer lg power kot..pape pon sokong la kereta Malaysia..hehe!!
Hakikat harga ttp berbeda yer..Inspira plg mhl RM90K++...New Mitsubishi Lancer Evo RM117K++..





X lama lagi Proton akan mengeluarkan beberapa jenis model baru yg lebih sporty dgn mnggunakan nama pahlawan kita pada zaman Kesulatanan Melayu Melaka iaitu Lekir,Jebat,Tuah,Kasturi,Lekiu dan Emas. Nantikan kemunculannya.. Strive for Wawasan 2020.






    

Wednesday, December 01, 2010

cOretan...

hmmmm....da lama x post pape kt blog ni...hari ini saya akn pulang ke kampung halaman bersama kwn setelah berhempas pulas menyiapkan paperwork tuk program akan datang...alhamdulillah... kolej saya akan mengadakan FOURTEEN FIESTA(FONESTA) pada pertengahan bln FEBRUARI depan...semua dijemput hadir la yer xkire anda berada di mana..
     sebelum ni saya ada kem selama seminggu di kolej 14 dan Dusun Eco Resort(Bentong)...bercuti bersama staff sambil buat kerja...besstttt sgttt!!!hehehe...


     waaa!!! rindunya kt kampung...smoga cuti yang sekejap ni dapat dimanfaatkan bersama famili dan kawan2..hehe...
      doakan perjalanan saya semoga semuanya selamat....selamat jln dan selamat pulang....
    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...